top of page

TERMA & SYARAT kami 

Secara ringkas, kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan kami , mempunyai 3 MASALAH utama : 
1- Tidak mempunyai masa untuk mendaftar sistem CIMS-CIDB 
2- Kurang mahir guna sistem CIMS- CIDB .
3- Takut tersalah key - in dan menyebabkan gagal permohonan (nanti kena bayar lagi)


Anda jangan risau, kami akan menyelesaikan masalah  tersebut dan TIADA wang tambahan yang dikenakan sekiranya permohonan CIDB  gagal DAN dengan syarat anda memenuhi keperluan dokumen yang diperlukan oleh pihak CIDB.

Setakat April 2021, pelanggan kami sudah mencapai angka 400 lebih  yang telah berurusan untuk berdaftar lesen CIDB Kami dari Smiley Ant mendoakan agar anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan kehidupan dan perniagaan.

Untuk PERKHIDMATAN LESEN CIDB, di bawah adalah perkhidmatan yang kami tawarkan:

1) Membuat Pendaftaran BARU lesen CIDB bermula dari PPK, SCORE, SPKK, STB
2)Memperbaharui lesen CIDB.
3)Menambah kod bidang
4)Membaiki SCORE yang gagal.
5)Upgrade dan downgrade lesen
6)Update - key management, technical person


TERMA PEMBAYARAN
Kami juga memberikan ZERO DEPOSIT  kepada kontraktor yang PERTAMA KALI sahaja membuat PENDAFTARAN BARU CIDB  dengan syarat kontraktor tersebut belum mendaftar apa-apa ID dan PASSWORD CIMS-CIDB.

KENAPA NAK BERI ZERO DEPOSIT ?  APA YANG DIMAKSUDKAN ZERO DEPOSIT?

Tujuan kami beri ZERO DEPOSIT adalah bertujuan untuk memberi kelegaan kepada bakal pelanggan kami supaya mereka tidak terfikir duit mereka hangus sekiranya permohonan pendaftaran CIDB mereka GAGAL apabila kami mendaftarkan lesen untuk mereka.

Dalam proses ZERO DEPOSIT ini, sebenarnya kami mendahulukan sedikit duit kami untuk memastikan pihak pelanggan kami mendapat SURAT KELULUSAN daripada pihak CIDB , bukan sijil lesen kontraktor seperti PPK, SPKK,STB.

Apa
bila kami telah mendapat surat kelulusan daripada pihak CIDB, maka barulah pihak pelanggan membayar penuh upah perkhidmatan termasuk kos pendaftaran CIDB tersebut untuk mendapatkan lesen CIDB.

Untuk makluman,kami ingin pertekankan bahawa surat kelulusan CIDB TIDAK SAMA dengan SIJIL lesen seperti PPK, SCORE,SPKK dan STB.

ADAKAH ZERO DEPOSIT DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG DAH ADA ID & PASSWORD CIMS-CIDB?


Bagi kontraktor yang telah mempunyai ID dan Password CIMS-CIDB, kami mohon supaya pembayaran dibayar sepenuhnya. Tempoh lulus dan siap lesen biasanya adalah sebulan lebih bermula dari PPK, SCORE, SPKK dan STB.

BERAPA HARGA YANG KAMI CAJ ?


Harga untuk permohonan baru, perbaharui lesen, update, upgrade lesen, kad hijau dinyatakan dalam  website kami. Klik sini untuk melihat harga dan syarat.

 

ANGGARAN TEMPOH SIAP LESEN CIDB ?

Secara kasar dan purata tempoh siap lesen CIDB  untuk semua gred dari G1 hingga G7 adalah 3 minggu hingga 1 bulan setengah bermula daripada pendaftaran PPK - SCORE - SPKK - STB.  Namun demikian, ada sesetengah kes, kelulusan menjadi lambat disebabkan dokumen yang dihantar kepada kami oleh pelanggan tertangguh (cth: ada salah satu dokumen tidak lengkap) dan juga bergantung pada pihak kelulusan CIDB dalam menyemak dokumen permohonan yang dihantar.

BAYARAN PERLU DILAKUKAN SELEPAS TERIMA SURAT KELULUSAN CIDB.

Untuk mendapatkan lesen (sijil penuh) CIDB-PPK, SCORE, SPKK dan STB;  pembayaran perlu dibuat sepenuhnya apabila pihak kami snapshot surat kelulusan dan hantar ke wasup pelanggan.

​

GRED DAN MODAL LESEN CIDB

G1 - Projek di bawah RM 200K - modal RM 10K

G2 - Projek di bawah RM 500K - modal RM 25K

G3 - Projek di bawah RM 1 juta - modal RM 50K

G4 - Projek di bawah RM 3 juta - modal RM 150K

G5 -  Projek di bawah RM 5 juta - modal RM 250K

G6 - Projek di bawah RM 10 juta - modal RM 500K

G7 - Tiada had projek - modal RM 750K

bottom of page